Bersama Cikgu Farizal

Guru Sains Sekolah Rendah

  • YouTube
  • Instagram
  • Telegram
  • Facebook
  • Twitter
  • E-mail

Berakhir sudah 15 tahun pergembaraan berharga dan bermula sebuah perjalan baharu…..

12.06.2019 by CFZal // Leave a Comment

Alhamdullilah, pada tarikh 27 November 2019, berakhir sudah perjalanan saya sebagai guru home tuition selama hampir 15 tahun. Kelas terakhir adalah subjek Akaun SPM 2019.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang memberi peluang kepada saya untuk membimbing anak-anak mereka dalam pelbagai subjek, terutama subjek sains sekolah rendah. Saya bersyukur kerana bertemu dengan hampir kesemua ibubapa amat menyokong dan amat membantu saya dalam mendidik anak-anak mereka. Satu perkara yang menarik, hampir kesemua ibubapa yang saya bimbing anak-anak mereka kini berpangkat Dato' atau Dato' Sri. Mungkin cuma dua orang sahaja yang masih belum direzekikan dengan pingat-pingat tersebut. Moga suatu hari nanti mereka direzekikan juga. Sepanjang hampir 15 tahun tersebut, tidak ramai murid yang saya ambil kerana saya mahu lebih fokus dalam membimbing murid. Hanya satu atau dua kelas sahaja sehari yang saya ambil.Dan hanya 4 atau 5 hari seminggu. Ada yang jangka panjang dan ada yang hanya 3 bulan sebelum peperiksaan. Saya juga lebih berminat untuk mengkaji tabiat murid dalam pembelajaran sendiri, dan mencari solusi dalam membantu murid yang sibuk dengan pelbagai aktiviti harian, mengulangkaji dengan lebih berkualiti. 5 tahun lepas saya telah berhenti mengambil murid baharu dan hanya fokus kepada murid sedia ada. Pelbagai pengalaman berharga dan teknik-teknik pembelajaran yang saya perolehi dan temui sepanjang perjalanan sebagai guru tuisyen ini. Ia amat membantu saya membimbing murid-murid saya di sekolah. Saya bercadangan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman dan teknik-teknik yang diperolehi secara percuma di blog ini, dan juga di saluran-saluran YouTube saya. Jalan lupa langgan blog ini serta saluran YouTube Cikgu Farizal dan Saluran YouTube Kanta Edu TV sebagai tanda sokongan anda. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini. Moga bermanfaat.

Categories // Home Tuition

Jom Bersilaturahim

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Phone
  • Tumblr
  • Twitter
  • YouTube

Search our site

Newsletter

Sign up to receive email updates and to hear about our latest adventures!

We won't sell your email or send you spam.

Recent Adventures

Copyright © 2021 · Modern Studio Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in